Sabtu, 14 Mac 2009

UNSUR BAHASA DALAM LARAS SASTERA

Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa atau berbahasa. Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginative oleh pengarang itu jelas dapat menggambarkan serta meninggalkan kesan dari segi penghayatan karya yang dibaca. Hal ini terjadi kerana pembaca kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,1998:71). Oleh itu terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa ekonomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog.


1. diksi - Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
2. ambiguiti - kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan. Karya-karya yang mempunyai unsur ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai tafsiran, iaitu lebih daripada satu tafsiran
3. bahasa ekonomis - bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-pendek. Walaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia dapat menggambarkan serta menjelaskan suatu peristiwa dengan tepat dan menarik.
4. bahasa konotatif - bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian yang ada dalam bahasa konotatif ialah pengertian yang tersirat. Bahasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca
5. bahasa perbandingan - Unsur bahasa perbandingan ini dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu metafora, simile, hiperbola, personifikasi dan perlambangan. untuk menggambarkan keadaan kewujudan sesuatu yang hendak diceritakan dengan lebih jelas dan terang.
6. penegasan - menjelaskan makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada
pemikiran pengarang. Ini diharapkan dapat menarik minat dan perhatian para pembaca. Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anafora dan epifora
7. dialog - perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. Dialog boleh berbentuk lisan atau bertulis.
8. monolog - Seorang watak, biasanya watak utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas daripada orang lain. Ada dua jenis iaitu monolog luaran ( yang dilafazkan ) dan monolog dalaman ( dalam hati )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan