Sabtu, 14 Mac 2009

UNSUR BAHASA DALAM LARAS SASTERA

Unsur bahasa mempunyai kaitan dengan keindahan bahasa atau berbahasa. Keindahan yang digambarkan secara kreatif dan imaginative oleh pengarang itu jelas dapat menggambarkan serta meninggalkan kesan dari segi penghayatan karya yang dibaca. Hal ini terjadi kerana pembaca kesusasteraan sentiasa sensitif dan merupakan pembaca yang sudah terbekal dengan intuisi stilistik (Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,1998:71). Oleh itu terdapat beberapa unsur bahasa dalam laras sastera iaitu diksi, ambiguiti, bahasa ekonomis, bahasa konotatif, bahasa perbandingan, penegasan, dialog dan monolog.


1. diksi - Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan mesej
2. ambiguiti - kepelbagaian makna dan juga disebut ketaksaan. Karya-karya yang mempunyai unsur ambiguiti mempunyai kemungkinan pelbagai tafsiran, iaitu lebih daripada satu tafsiran
3. bahasa ekonomis - bentuk gaya bahasa yang ringkas, padat, tepat dan pendek-pendek. Walaupun pemilihan kata-katanya pendek tetapi ia dapat menggambarkan serta menjelaskan suatu peristiwa dengan tepat dan menarik.
4. bahasa konotatif - bahasa yang mempunyai maksud perbandingan. Pengertian yang ada dalam bahasa konotatif ialah pengertian yang tersirat. Bahasa konotatif menimbulkan kesan emosi kepada para pembaca
5. bahasa perbandingan - Unsur bahasa perbandingan ini dapat dibahagikan kepada lima jenis, iaitu metafora, simile, hiperbola, personifikasi dan perlambangan. untuk menggambarkan keadaan kewujudan sesuatu yang hendak diceritakan dengan lebih jelas dan terang.
6. penegasan - menjelaskan makna sesuatu agar menjadi lebih nyata hasil daripada
pemikiran pengarang. Ini diharapkan dapat menarik minat dan perhatian para pembaca. Unsur penegasan dalam kesusasteraan selalunya digarap oleh pengarang dalam bentuk puisi. Dalam unsur bahasa penegasan, pengarang menyelitkan juga unsur-unsur perulangan, anafora dan epifora
7. dialog - perbualan antara dua watak atau lebih dan ia banyak terdapat dalam karya-karya sastera berbentuk drama atau fiksyen. Dialog boleh berbentuk lisan atau bertulis.
8. monolog - Seorang watak, biasanya watak utama atau watak penting bercakap seorang diri tanpa ada tindak balas daripada orang lain. Ada dua jenis iaitu monolog luaran ( yang dilafazkan ) dan monolog dalaman ( dalam hati )

MORFOLOGI BAHASA MELAYU

MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan, dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan kata yang sama.

Aspek morfologi yang diberikan tumpuan ialah:

  1. Struktur kata yang merujuk kepada pola suku kata bagi:

v kata asli bahasa Melayu

v kata pinjaman bahasa Melayu

  1. Bentuk kata terdiri daripada:

v bentuk kata tunggal

v bentuk kata terbitan

v bentuk kata majmuk

v bentuk kata ganda

GOLONGAN KATA

Kata Nama
Kata nama terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan. Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata ganti nama pula ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am atau kata kerja diberi imbuhan.
Kata Kerja
Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Adjektif
Kata Adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.